Hujan Lebat Dijangka Badai Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga awal 1 pagi nanti.
Dalam kenyataan tersebut, tiga negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu dan Pahang
“Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah hanya Gua Musang.
“Manakala di Terengganu pula melibatkan daerah Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman,” maklum METMalaysia dalam kenyataan tersebut.
Sementara di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan dan Pekan.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum jabatan itu lagi.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
BACA: Dah 7 Tahun Masak Dekat Dapur, Khairul Aming ‘Upgrade’ Masak-Masak Sambil Explore New Zealand
BACA: Video Masakan Tular, Perdana Menteri New Zealand Ajak Khairul Aming Jumpa