hujan lebat 9 negeri
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Di 9 Negeri Petang Ini

Sofea

Hujan Lebat Di 9 Negeri Petang Ini

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda sembilan negeri sehingga jam 6 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca buruk itu akan melanda seluruh negeri Terengganu dan Pahang.

Selain itu, ia juga melibatkan daerah Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

Di Perak pula, hujan lebat dijangka akan melanda daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak.

Beralih ke Pantai Timur, daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh dijangka terlibat di Kelantan.

BACA JUGA: Cuaca Panas: 6 Kawasan Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga

Sementara itu, di Selangor pula, ia hanya melibatkan daerah Gombak dan Hulu Langat. Manakala di Negeri Sembilan hanya melibatkan Jelebu.

“Di Johor, hujan lebat akan melanda daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi,” kata MetMalaysia.

Keadaan cuaca itu juga akan melanda Sarawak iaitu di bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia lagi.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia