hujan lebat 9 negeri
Kredit: ImageFX
Tiada Kategori

Hujan Lebat Di 9 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini

Sofea

Hujan Lebat Di 9 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di sembilan negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, keadaan cuaca itu akan berlaku di seluruh Perlis, Kelantan, Terengganu dan Labuan.

Selain itu, ia juga melibatkan daerah Langkawi di Kedah dan Hulu Perak di Perak.

Bagi negeri Pahang pula, daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin dijangka turut terlibat.

Beralih ke Selatan tanah air, hujan lebat diramal akan melanda daerah Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

BACA JUGA: Cuaca Panas: Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta

Di Borneo pula iaitu di Sarawak, daerah Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang dijangka terlibat. Manakala, daerah Pedalaman dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) di Sabah turut mengalami keadaan cuaca yang sama.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber: Malaysian Meteorological Department