
Hujan Lebat Di 3 Negeri Malam Ini
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda tiga negeri sehingga jam 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat berlaku di Terengganu iaitu di hanya daerah Kemaman.
Manakala, di Pahang pula melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Keadaan cuaca buruk juga diramal akan melanda negeri Sabah iaitu di daerah Pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Kinabatangan).
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.