hujan lebat di 2 negeri
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Hujan Lebat Di 2 Negeri Hingga Tengah Hari

Sofea

Hujan Lebat Di 2 Negeri Hingga Tengah Hari

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di dua negeri hingga 12 tengah hari.

Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata hujan lebat akan berlaku di negeri Kelantan iaitu membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Manakala, di Terengganu pula melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

BACA JUGA: Ramalan Cuaca Signifikan, Luruan Monsun Dijangka Hingga 17 Disember

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber: Malaysian Meteorological Department