Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Malaysia sehingga 6 petang ini.
Kawasan yang dijangka terlibat adalah seperti berikut:
Perlis
Kedah (Langkawi, Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Baling)
Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)
Kelantan (Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang)
Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun)
Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin)
Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Sepang)
Negeri Sembilan
Melaka
Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang, Tuaran dan Ranau)
Sehubungan itu, orang awam yang berada di kawasan berkenaan diminta berhati-hati terutamanya ketika memandu bagi mengelak berlaku kejadian tak diingini.
Sumber: MetMalaysia