
Hujan Lebat Dan Ribut Petir Dijangka Landa Hampir Seluruh Negeri Sehingga Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 3.00 pagi nanti.
Menerusi kenyataan di laman web MetMalaysia, ribut petir dan hujan Lebat dijangka akan melanda seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Bagi negeri Perak, daerah yang terlibat adalah di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Di negeri Kelantan pula, ia melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
“Bagi negeri Pahang, hanya satu daerah saja yang terjejas iaitu di Bentong. Sementara itu, di Selangor, daerah yang terlibat adalah di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” kata MetMalaysia.
Dalam pada itu, daerah Jelebu, Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan turut menghadapi cuaca yang sama.
Selain itu, di Sarawak pula melibatkan daerah Sri Aman, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia