Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir seluruh Malaysia sebentar tadi.
Menurut kemaskini MetMalaysia sehingga jam 10.55 malam tadi, hujan lebat dijangka membadai 11 negeri dan tiga wilayah persekutuan hingga jam 2 pagi esok.
Kawasan-kawasan yang dijangka terlibat termasuk:
Perlis
Kedah: Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu
Pulau Pinang
Perak
Kelantan: Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang
Terengganu: Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu
Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera
Selangor
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
Negeri Sembilan
Melaka
Johor: Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru
Sarawak: Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid)
WP Labuan
Kebanyakan negeri di Malaysia turut dilanda hujan berterusan hingga petang tadi dan mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan. Pengguna jalan raya turut dinasihatkan untuk berhati-hati semasa memandu.
Sumber: MetMalaysia