Kredit Facebook

Hujan Lebat, Banjir Kilat Landa Taman Sri Muda, Shah Alam Sebentar Tadi

Syed Faisal Sayed Muhammad

Hujan Lebat, Banjir Kilat Landa Taman Sri Muda, Shah Alam Sebentar Tadi

Beberapa kawasan Taman Sri Muda dan kawasan sekitarnya dilapor dilanda banjir kilat sebentar tadi.

Melalui gambar-gambar dan video-video yang dikongsikan oleh orang awam, dapat dilihat air memenuhi ruangan jalan dan ada kenderaan milik penduduk yang berada di kawasan yang digenangi air.

Rata-rata pengguna media sosial yang membuat perkongsian turut berdoa agar peristiwa banjir yang melanda kawasan tersebut sebelum ini tidak berulang lagi.

Sebelum ini, kawasan ini pernah dilanda banjir yang menyaksikan penduduk di taman itu dan kawasan sekitarnya terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan banjir.

Dalam kejadian yang berlaku pada Mac lalu, seramai 1,122 orang penduduk daripada 263 kawasan di Selangor yang terjejas telah dipindahkan.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran maran hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan melibatkan hampir seluruh negeri sehingga 9 malam ini.

Antara negeri yang diberi amaran tersebut adalah seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan beberapa kawasan di beberapa negeri lain.

Orang ramai di kawasan yang terjejas di harap sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan. Sentiasa waspada dengan paras air dan hubungi pasukan keselamatan jika memerlukan bantuan.

Mereka yang tinggal di kawasan tersebut juga diminta sentiasa peka dengan perkembangan maklumat terkini yang dimuat naik oleh pihak berkuasa, khususnya di laman media sosial rasmi agensi-agensi keselamatan yang berkaitan.

Sumber: Facebook