Pengorbanan barisan hadapan Negara dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 tidak boleh diperkecilkan. Mereka memikul amanah dan tanggungjawab yang berat walaupun dalama keadaan cuaca yang buruk dan tidak menentu.
Situasi seperti ini dapat dilihat daripada sebuah rakaman video yang dikongsikan oleh Polis Daerah Kota Bharu di ruangan Facebook pada 2 Jun baru-baru ini.

Video tersebut menunjukkan para petugas SJR yang kekal mengawal lalu lintas kenderaan di kawasan Kok Lanas pada jam 2.30 petang minggu lepas walaupun terpaksa berada dalam keadaan basah kuyup.

Video yang dikongsi ini telah menerima perhatian dan pujian oleh netizen apabila para petugas ini sanggup berkorban dan menjalankan amanah yang dipikul.

Sumber: Facebook Polis Daerah Kota Bharu