Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca tahap Waspada (kuning) iaitu hujan lebat berterusan di beberapa negeri dan kawasan sekitarnya dalam minggu ini, bagi tempoh 30 Disember sehingga 2 Januari.
MetMalaysia dalam kenyataan ringkas memaklumkan, kawasan yang dijangka terlibat ialah Johor (Mersing), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Terengganu, Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) dari Khamis sehingga Sabtu.
Manakala di Sabah, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Ahad.
Oleh itu, orang ramai yang berada di kawasan terlibat agar dinasihati agar sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sumber: MetMalaysia