
KUALA LUMPUR, 4 NOVEMBER 2022 – HUAWEI MatePad SE 10.4-inci menggunakan sistem operasi HarmonyOS 3 yang baru dilancarkan pada harga mampu milik pada RM999. Tablet serba boleh yang direka khas untuk kegunaan pelbagai jenis isi rumah ini mampu memberikan kenikmatan hiburan yang mengagumkan. Mulai hari ini sehingga 30 November 2022, pelanggan yang membeli MatePad SE 10.4-inci layak menerima hadiah percuma termasuk Sarung Folio (bernilai RM129), dan ganjaran eksklusif HMS bernilai sehingga RM200.
HUAWEI MatePad SE 10.4-inci generasi baru ini menampilkan ciri-ciri yang memenuhi keperluan pengguna dengan menawarkan keselesaan untuk menonton dan melayari dengan mudah. MatePad SE ini mempunyai ciri-ciri terbaharu untuk pembelajaran dalam talian, pembacaan e-buku, dan melayari berita untuk kegunaan seisi keluarga.
Tablet ini juga dilengkapi dengan skrin paparan berukuran 10.4-inci 2K Eye Comfort HUAWEI FullView Display yang telah mendapat pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker-free yang terbukti melegakan keletihan mata. Nisbah skrin-ke-badan yang mencapai 83% menawarkan pengalaman menonton yang mendalam manakala berat peranti yang hanya 440g dengan bingkai tengah yang teguh memastikan penggunaan tahan lama. Badan tablet ini juga telah lulus beberapa siri ujian ketahanan yang membuktikan kekukuhannya.
Paparan Luas yang Menenangkan Mata
HUAWEI MatePad SE 10.4-inci dilengkapi 2K HUAWEI FullView Display dengan nisbah skrin-ke-badan yang mencapai 83%, menampilkan paparan jelas dan terperinci dengan sekali imbas. Pelarasan kecerahan maksima sehingga 4096 berubah dalam masa nyata untuk penyesuaian dengan keadaan pencahayaan ambien sambil memastikan keselesaan mata pada setiap masa. Tablet ini juga telah memperoleh pensijilan keselesaan mata TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker-free.
Bergaya dengan Penampilan Minimalis
Diperbuat daripada aloi aluminium, kemasan metalik berkilat HUAWEI MatePad SE menyempurnakan lagi reka bentuk yang bergaya dengan elemen minimalis. Sebagai tablet yang dicipta untuk kegunaan seisi keluarga, berat HUAWEI MatePad SE 10.4-inci ini hanya 440g dan ia selesa untuk digenggam. Dengan daya ketahanan yang dipertingkatkan, tablet yang baharu ini sesuai untuk kegunaan si kecil.
HUAWEI MatePad SE 10.4-inci hadir dengan dua pembesar suara yang menjana bunyi dari kiri dan kanan peranti untuk memberikan pengalaman audio yang imersif. Histen 8.0 menampilkan kesan audio dan pelarasan halus yang berasaskan konteks yang disesuaikan secara automatik. Ia merangkumi julat frekuensi, tahap bunyi, dan ia menyokong peningkatan kejelasan suara.
Peningkatan kejelasan suara mampu menghasilkan pengalaman bunyi yang lebih baik bagi dialog filem, video pendek, kelas dalam talian, dan panggilan video. Algoritma pengekstrakan yang unik untuk suara manusia menjadikannya lebih jelas. HUAWEI MatePad SE 10.4-inci juga menggunakan algoritma lapisan bawah untuk mengenal pasti jenis aplikasi yang digunakan lalu melaraskan pembesar suara secara automatik demi kualiti bunyi yang sempurna tanpa perlu penyesuaian manual.
HarmonyOS 3 memudahkan penggunaan tablet ini dengan kehadiran ciri-ciri yang dipertingkatkan seperti penyusunan Service Widgets yang bersaiz sama, kombo Service Widgets dan pintasan saiz berbeza untuk akses yang lebih mudah kepada kandungan dan ciri kegemaran anda. Ciri berbilang tetingkap serba baharu menjadikan tablet ini menonjol sebagai peranti pelbagai tugas dengan sokongan sehingga tiga tugas secara serentak. Ciri pengganda aplikasi yang baharu pula membolehkan anda membuka sehingga tiga (3) tugasan berterusan dalam satu aplikasi. Contohnya. apabila anda membuka Whatsapp untuk bersembang, anda boleh menyusun dua tetingkap lain secara bersebelahan berserta satu lagi tetingkap terapung.
HUAWEI MatePad SE 10.4-inci direka khas untuk penggunaan yang sempurna di rumah dengan paparannya yang luas untuk keselesaan pengguna dari semua peringkat umur berserta ciri audiovisual yang mengasyikkan. Ia juga berfungsi sebagai teman pembelajaran dan hiburan untuk kanak-kanak kerana ia sesuai digunakan untuk menghadiri kelas dalam talian atau menonton kartun kegemaran. Oleh sebab yang demikian, MatePad SE terbukti sebagai tablet yang sangat sesuai untuk setiap isi rumah.
Model | Spesifikasi | Harga | Hadiah | Saluran Jualan |
HUAWEI MatePad SE 10.4 inci | 4+128 GB versi WiFi | RRP: RM999 | Sarung Folio (bernilai RM129), dan ganjaran eksklusif HMS bernilai sehingga RM 200 | HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee dan HUAWEI Flagship Store on Lazada |
4+64 GB versi LTE | RRP: RM999 | Akan tersedia pada bulan Disember 2022 | ||
HUAWEI MatePad Pro 12.6 inci | 8+256 GB | RRP: RM4,299 | Papan kekunci magnetik pintar HUAWEI, HUAWEI M-Pencil (2nd Gen) | Akan tersedia pada bulan Disember 2022 di HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee dan HUAWEI Flagship Store on Lazada |
Untuk maklumat lanjut dan informasi terkini tentang HUAWEI MatePad SE 10.4-inci, sila layari HUAWEI Official Website dan HUAWEI Official Facebook Page. Sementara itu, pengguna boleh membeli produk baharu di HUAWEI Experience Store, HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee atau HUAWEI Flagship Store on Lazada.