Huawei mengumumkan kedatangan siri terbaru mereka: HUAWEI FreeBuds Pro 3, yang membawa pelbagai ciri menarik untuk memberikan anda pengalaman audio yang baru.
Hadir dalam tiga warna menarik yang terinspirasi oleh alam—Ceramic White, Green, dan Silver Frost, HUAWEI FreeBuds Pro 3 akan berada di pasaran bermula Sabtu, 21 Oktober 2023 dengan harga hanya RM899.
Menawarkan sehingga 31 jam waktu mendengar, FreeBuds ini juga dilengkapi dengan teknologi bunyi terkini untuk memberikan anda pengalaman mendengar yang memukau di setiap lagu. HUAWEI FreeBuds Pro 3 dilengkapi dengan Ultra-Hearing Dual Drivers, menampilkan unit kumparan dinamik kuat dengan empat magnet dan unit treble mikro-planar yang luar biasa.
HUAWEI FreeBuds Pro 3 generasi baru ini juga memperkenalkan Intelligent ANC 3.0 yang ditingkatkan – ciri baharu yang menawarkan pembatalan bunyi adaptif masa nyata, memastikan pengalaman mendengar muzik, panggilan, atau kandungan tanpa sebarang gangguan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengumuman produk terkini dan promosi Huawei layari Huawei Official Website, Instagram and Facebook page.