Durioo+ Hadir Dengan Wajah Baru, Lagi Padu & Senangkan Ibu
KUALA LUMPUR, 18 Januari 2025 – Durioo+, aplikasi video selamat untuk kanak-kanak, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran versi baharu serta memperkenalkan maskot rasmi, Duri, dalam acara Durioo+ Experience: Pelancaran Wajah Baharu yang berlangsung di Pusat Sains Negara hari ini. Turut memeriahkan acara adalah duta Durioo+, Alif Satar. Pelancaran ini menampilkan konsep Wajah Baharu, Lebih Padu, Senangkan Ibu yang membawa pelbagai ciri inovatif untuk pengalaman pengguna yang lebih baik.
Ciri-Ciri Baharu Durioo+
Duri – Maskot rasmi Durioo+ yang menjadi peneman anak-anak serta menggalakkan mereka untuk melayari aplikasi dengan lebih bijak.
Berwajah Baharu – Layout yang diperbaharui sepenuhnya, lebih mesra pengguna, dan memudahkan kanak-kanak mencari kandungan kegemaran mereka.
DuDeen – Fungsi interaktif yang membantu kanak-kanak menghafal doa harian, surah pendek, dan ilmu fardu ain.
Parental Control – Ciri kawalan ibu bapa yang membolehkan mereka menguruskan kandungan mengikut minat anak, umur, dan bahasa pilihan.
DuMinis – Mesej pendek yang mengajar nilai murni sebelum setiap video. ● Durioo Games – Permainan pendidikan interaktif yang menyeronokkan dan mendidik.
Durioo Intelligence – Teknologi AI yang mencadangkan kandungan berdasarkan minat anak menerusi Search, Channel, dan halaman For You.
Kawalan Kandungan Ketat – Semua video ditapis 100% oleh Lembaga Penapisan Durioo (LPD) untuk memastikan keselamatan tontonan.

Pengasas bersama Durioo+, Nuown Zainal, berkata, “Durioo+ telah memberikan manfaat dan impak positif kepada anak-anak di seluruh dunia. Selama tiga tahun, kami terus menambah baik aplikasi berdasarkan maklum balas pengguna. Wajah baharu ini adalah langkah kami untuk terus menyediakan kandungan berkualiti, selamat, memudahkan ibu bapa, serta diperkaya dengan nilai-nilai Islamik.”
Sebagai sebahagian daripada pengumuman ini, Durioo+ turut mengesahkan bahawa siri animasi terkenal Mina Mila dan Durioo+ SHOWTIME! akan kembali dengan musim baharu pada bulan Ramadan. Musim baharu ini bakal menampilkan tokoh terkenal seperti Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Will & Sana Saleh, dan Zain Bikha.

Menutup acara dengan penuh keterujaan, Alif Satar, duta Durioo+, berkata, “Sebagai seorang ayah dan pengguna Durioo+, saya yakin ibu bapa akan menyukai kemas kini terbaru ini kerana ia benar-benar menambah nilai kepada kandungan yang ditonton oleh anak-anak.”
Aplikasi Durioo+ kini boleh dikemas kini di peranti masing-masing untuk menikmati wajah dan ciri baharu ini.
Maklumat lanjut berkaitan Durioo+ boleh didapati melalui laman sosial rasmi Durioo+ di Instagram, Facebook dan TikTok.