Hong Kong Tak Lagi Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka
HONG KONG — Kerajaan Hong Kong memaklumkan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan bermula esok selepas menamatkan sekatan COVID-19 itu sejak tiga tahun lalu, lapor AFP.
Difahamkan, Ketua Eksekutif, John Lee berkata demikian selepas wilayah berkenaan bergelut dengan penularan wabak pandemik berkenaan.
“Saya mengumumkan bahawa keperluan pelitup muka atau face mask tidak lagi diwajibkan mulai esok, 1 Mac. Ia meliputi kawasan dalam dan luar rumah termasuk pengangkutan awam,” katanya pada sidang media ringkas hari ini.
Bagaimanapun, pihak hospital dan rumah warga emas mempunyai kuasa untuk menetapkan pemakaian topeng itu.
Hong Kong Tak Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka
Perkara itu diumumkan Hong Kong susulan jirannya, Macau telah melonggarkan peraturan pelitup muka pada Isnin lalu. Namun, kawasan awam yang berisiko tinggi seperti hospital dikecualikan oleh Macau.
Untuk pengetahuan, pemakaian pelitup muka telah dikenakan terhadap negara itu sejak tiga tahun lalu (hampir 1,000 hari).
Hong Kong menjadi salah satu wilayah terakhir di dunia yang mengumumkan pemansuhan pemakaian pelitup muka. Ia juga bakal berkuatkuasa meliputi hampir semua kawasan awam.
Sebelum ini, semua rakyat Hong Kong berumur dua tahun ke atas diwajibkan memakai pelitup muka. Jika tidak, mereka akan dikenakan denda sehingga lebih RM5,700 (HK$10,000).
AFP pada dua bulan lalu turut melaporkan bahawa hampir 90 peratus penduduk di Henan, bandar ketiga paling padat China dijangkiti COVID-19.
Menurut Pengarah Jawatankuasa Kesihatan Henan, Kan Quancheng, sebanyak 89.0 peratus jangkitan direkodkan di wilayah itu pada 6 Januari lalu.
Tambahan lagi, penularan itu melibatkan kira-kira 88.5 juta penduduk di bandar dengan populasi mencecah 99.4 juta orang.
Negara republik itu juga bergelut dengan wabak berkenaan selepas melonggarkan polisi Sifar COVID-19. Keputusan melonggarkan polisi itu nyata memberikan kesan buruk terhadap China khususnya dalam sektor ekonomi negara itu.
Difahamkan, polisi itu telah dilaksanakan sejak berapa tahun lalu selepas pandemik menyerang.
BACA JUGA: “Kerja Takkan Habis,” Susah Nak Faham Penat Suri rumah, Ini Cara Nak Hargai ‘Bidadari’ Di Rumah Korang
Sumber: AFP via Yahoo