Hong Kong akan mengakhiri 2019 dengan rancangan untuk melakukan protes dan perarakan pada 1 Januari yang telah pun mendapat kebenaran dari pihak polis.
Menurut Barisan Hak Asasi Kemanusiaan, perarakan itu bakal diadakan dari 3.00 petang hingga 10.00 malam dari Victoria Park ke Chater Road di pusat bandar Hong kong Rabu ini.
Barisan Hak Asasi Kemanusiaan sebelum ini telah mengadakan beberapa perarakan aman pada Jun dan awal Disember lalu yang dipercayai dihadiri lebih kurang 800 ribu orang.
“Pada hari tahun baharu nanti, kita perlu menunjukkan solidariti untuk menolak kerajaan. Kami berharap agar orang ramai akan datang ke jalanan demi masa depan Hong Kong,” kata ketua kumpulan tersebut, Jimmy Sham.
Bantahan itu juga bertujuan untuk menggesa Pemerintah Hong Kong supaya menerima lima permintaan utama para penunjuk di wilayah tersebut.
Pihak penganjur bantahan menganggarkan sekitar 4,000 orang menyertai bantahan tersebut.
Sumber: Berita Media Corp, CNA