
Pemenang bertuah City Hatchback RS, Encik Chin dari Perak, menyertai kempen ini selepas membeli sebuah Civic RS berwarna Platinum White Pearl.
Beliau berkata, “Memiliki sebuah Civic memang impian saya sejak dulu kerana rekaannya yang menawan dan prestasi yang konsisten dengan DNA Civic.
Menerima kereta baharu itu sendiri sudah cukup menggembirakan, tetapi apabila dimaklumkan saya turut memenangi sebuah City Hatchback RS, perasaan itu memang sukar digambarkan.
Pada mulanya saya ingat panggilan itu adalah scam! Sekarang saya tak sabar nak pandu kedua-dua kereta Honda ini dan menikmati pengalaman pemanduan yang berbeza.”
Sementara itu, pemenang WR-V RS, iaitu Puan Ou, yang membeli sebuah CR-V sebagai kereta keluarga, tidak dapat hadir menerima hadiah secara peribadi.
Hadiah tersebut diterima bagi pihaknya oleh suaminya, Encik Liew Jeng Siong, yang sanggup terbang dari Sarawak semata-mata untuk majlis penyampaian ini.
Beliau berkata, “Saya mencari sebuah SUV yang lengkap, selesa, luas dan tampil elegan. Saat melihat CR-V, saya terus yakin itu kereta terbaik untuk keluarga kami dan membuat tempahan tanpa ragu.”
“Tidak sangka pula kereta baharu ini ‘membawa pulang’ sebuah hadiah tambahan. Kini saya memiliki bukan satu, tetapi dua SUV Honda yang sangat sesuai untuk kegunaan keluarga.”
City Hatchback RS dan WR-V RS merupakan dua daripada enam hadiah utama yang ditawarkan dalam cabutan bertuah sempena Kempen “Because of You” bagi meraikan ulang tahun ke-25 Honda Malaysia.


Pemenang kempen “Because of You” bagi City Hatchback RS, Encik Chin Boon Hao bersama Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Narushi Yazaki serta Presiden & Ketua Pegawai Operasi, Ir. Sarly Adle Sarkum.


Pemenang kempen “Because of You” bagi WR-V RS, Puan Avis Ou Xiao Qian, diwakili oleh suaminya Encik Liew Jeng Siong pada majlis penghargaan, turut bergambar bersama Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Narushi Yazaki dan Presiden & Ketua Pegawai Operasi, Ir. Sarly Adle Sarkum.

Honda Malaysia turut merakamkan foto kenangan bersama dua pemenang bertuah pertama kempen “Because of You” bersempena ulang tahun ke-25 syarikat.
Turut hadir dalam sesi fotografi (dari kiri ke kanan):
Encik Chin Boon Hao, pemenang bertuah City Hatchback RS
Ir. Sarly Adle Sarkum, Presiden & Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Sdn. Bhd.
Encik Narushi Yazaki, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn. Bhd.
Encik Liew Jeng Siong, wakil kepada Puan Avis Ou Xiao Qian, pemenang bertuah WR-V RS