Pihak Hospital Kuala Lumpur melalui hantaran di laman Facebook hari ini membuat hebahan sedang mencari ahli keluarga atau waris terdekat bagi kes kematian yang melibatkan mayat tidak dituntut.
Menurut maklumat yang diberikan oleh Hospital Kuala Lumpur, kedua-dua mayat tersebut beralamat terakhir di Kuala Lumpur. Mendiang David di Taman Sri Jati dan mendiang Kumarasamy dari Cheras.
Maklumat mayat berkenaan adalah seperti berikut:
Nama: DAVID A/L FRANCIS ARUL DASS
lD: 8011**-**-****
RN: 2800871 (WAD KK1)
No. Rujukan JKSP: TIADA
Alamat Terakhir: 4-1-6 P/PURI JALAN SRI JATI 3, TAMAN SRI JATI 58200 KL
Tarikh Kematian: 18/10/2021
Nama: KUMARASAMY A/L KANDASAMY
lD: 6710**-**-****
RN: 2803218 (WAD SW27)
No. Rujukan JKSP: TIADA
Alamat Terakhir: 4-5-57 FLAT SRI JOHOR CHERAS 56000 KL
Tarikh Kematian: 17/10/2021
Sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila hubungi Encik Hisham / Puan Norlina / Encik Lai di talian telefon Hospital Kuala Lumpur 03-2615 5555 / 6695 atau 03-26155299 (talian terus), Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN).
Sumber: Facebook HKL