Sumber: Yati Redha/facebook

Hilang Sekelip Mata, Wanita Bernasib Baik Ada Aplikasi “Find My”, Temui Semula Iphone

Shafikah

Hilang Sekelip Mata, Wanita Bernasib Baik Ada Aplikasi “Find My”, Temui Semula Iphone

Iphone sememang peranti kegilaan ramai dek kerana harga dan status yang dimilikinya. Sering dianggap sebagai gajet premium, peranti ini boleh dianggap sebagai barang panas dan terdedah kepada kejadian kecurian.

Baru-baru ini seorang pengguna Iphone telah berkongsi kisahnya yang telah kehilangan peranti tersebut di sebuah kedai makan ketika dia tengah sibuk membungkus makanan. Menurutnya, ketika itu dia meletakkan dompet dan telefon bimbitnya di tepi, bersebelahan dengan tempatnya membungkus makanan namum dalam beberapa saat, telefon bimbitnya lesap.

Selepas puas mencari dan gagal menemui telefon bimbit tersebut, dia kemudian meminjam telefon bimbit milik pemilik kedai makan tersebut lalu menghubungi suaminya bagi meminta bantuan.

Mujurlah, suaminya juga merupakan pengguna Iphone dan ini memudahkannya untuk mengesan telefon bimbitnya menerusi aplikasi Find My dan menekan pada bahagian Mark as Lost. Aplikasi ini tersedia untuk pengguna Iphone sahaja dan fungsinya adalah membantu pengguna menjejaki telefon mereka sekiranyan hilang atau tidak ditemui.

Kemudian suaminya menjejaki lokasi telefon tersebut dan melihat keadaan sekeliling sekiranya terdapat individu yang mencurigakan.

Selepas itu, dia dan suaminya mendapati lokasi telefon tersebut mula bergerak ke sebuah pasaraya berdekatan dan tidak lama kemudian menerima panggilan daripada seorang wanita menggunakan telefon bimbitnya.

“Saya ada jumpa phone ni dekat rak sabun. Kami ada tertinggal ke?” tanya si pemanggil.

Mereka kemudian menemui wanita tersebut dan bersyukur telefon bimbit berkenaan ditemui semula. Malaha, wanita yang menemui telefon bimbit itu turut melahirkan rasa terkejut apabila mengetahui telefon bimbit berkenaan baru sahaja dicuri. Mereka mengandaikan bahawa kemungkinan pencuri telah panik lalu meninggalkan telefon tersebut.

Ujarnya, pengguna Iphone sepatutnta peka dengan fungsi Find My yang begitu memberi manfaat kepada penggunanya. Katanya lagi, sekiranya fungsi Mark as Lost diaktifkan, telefon bimbit berkenaan akan dikunci secara automatik dan membuat panggilan kepada peranti yang digunakan untuk menjejaki telefon bimbit tersebut.

Sumber: Yati Redha via Facebook