Susulan daripada kehilangan seorang warga emas sejak 20 Mac lalu, hari ini wanita tersebut ditemui selamat di kawasan hutan berhampiran pencawang masuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Repah pada hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Che Som ditemui dalam keadaan lemah, kesejukan dan dehidrasi oleh seorang kontraktor ketika membersihkan semak di kawasan tersebut.
Menurut laporan polis, tidak dipastikan lagi ke mana warga emas tersebut pergi dalam tempoh kehilangannya, kes ini tiada melibatkan unsur jenayah.
Terdahulu, menerusi hebahan kepada Siakap Keli, mangsa kali terkahir dilihat pada 8.30 pagi pada hari Sabtu lalu oleh ahli keluarga di rumahnya.
Sumber: Sinar Harian