Hilang Beberapa Hari, Kucing Pulang Ke Rumah Dengan Kesan ‘Serangan Seksual’ Sebelum Mati 3 Hari Kemudian

Sofea

Seekor kucing peliharaan yang dikatakan hilang sejak beberapa hari didakwa muncul semula di rumah pemiliknya dengan kecederaan yang mengerikan iaitu dipercayai kesan serangan seksual, lapor Daily Star.

Kucing biru berbadan pendek Inggeris yang berusia 18 bulan itu dilaporkan hilang pada Selasa lalu dari sebuah rumah di kawasan Watford’s Vicarage Road.

Gambar Via Daily Star

Ketika haiwan comel itu muncul semula pada Jumaat lalu, ia didakwa cedera parah dan tidak dapat diselamatkan walaupun doktor haiwan telah berusaha sebaiknya untuk menyelamatkannya.

Pemiliknya yang memuatnaik mengenai kucing kesayangannya itu meluahkan kesedihannya di laman Facebook.

Gambar Via Daily Star

“Saya sangat sedih untuk mengatakan bahawa kucing saya telah dirogol oleh manusia atau binatang besar di sekitar hospital Watford pada minggu lalu.

“Dia telah hilang sejak Selasa lalu dan itu sangat pelik kerana kebiasaannya ia akan selalu pulang ke rumah untuk makan tengah hari jika dia keluar.

“Kaki, ekor dan duburnya berlumuran darah, lumpur dan sejenis cecair,” katanya.

Tambahnya lagi, kucingnya itu dapat bertahan tiga hari sahaja sebelum doktor haiwan mengambil keputusan untuk ‘menidurkannya’.

Dalam pada itu, polis mengatakan bahawa Pasukan Kejiranan Watford Safer telah diberitahu mengenai kejadian itu.

Walau bagaiamanapun, masih belum ada maklumat lanjut mengenai pelakunya sama ada dari kalangan manusia ataupun haiwan lain yang lebih besar.

Sumber: Daily Star