
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2024 – Dalam usaha utama untuk meningkatkan kualiti udara dalaman semasa krisis jerebu yang kerap berlaku di Asia Tenggara, Panasonic telah menjalankan kajian bersama dengan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) untuk menentukan penyelesaian yang berkesan bagi isi rumah dan perniagaan.
Kajian ini bertujuan memastikan kualiti udara dalaman dan persekitaran yang lebih bersih dan selamat semasa musim Jerebu.
Jerebu telah lama menjadi cabaran berterusan di Asia Tenggara, yang berpunca daripada faktor semula jadi dan manusia termasuk kebakaran hutan, pembakaran pertanian, dan pelepasan asap kilang serta kenderaan. Fenomena ini disebabkan oleh zarah-zarah halus yang tidak kelihatan dengan mata kasar dan diiktiraf sebagai isu pencemaran udara yang serius di Asia Tenggara.
Masalah yang timbul akibat Jerebu memberi kesan kepada pelbagai aspek seperti kesihatan, ekonomi, dan alam sekitar, menjadikannya isu sosial yang ketara di Malaysia dan rantau ini.
Encik Ichiro Suganuma, Pengarah Urusan Pusat Promosi Perniagaan QAFL dari Panasonic Corporation mengulas, “Di Panasonic, visi kami berfokus kepada penciptaan produk dan penyelesaian inovatif yang memajukan kesejahteraan holistik — untuk manusia, masyarakat dan alam sekitar yang diinspirasikan oleh budaya Jepun. Ini adalah sebahagian daripada misi korporat kami, ‘Create Today. Enrich Tomorrow.’

Teknologi nanoe™ X kami adalah salah satu contoh yang dibangunkan untuk menangani isu kualiti udara seperti jerebu, memastikan ruang yang lebih selamat dan sihat di rumah dan pejabat. Inovasi ini mencerminkan komitmen kami untuk menangani cabaran semasa sambil memikirkan masa depan melalui usaha membina dunia yang lebih baik untuk generasi akan datang.”
Jerebu terdiri daripada zarah halus yang tidak kelihatan dengan mata kasar, merentasi sempadan dan memberi kesan meluas termasuk penyakit pernafasan, gangguan ekonomi, dan kemerosotan alam sekitar. Antara banyak bahan pencemar yang terdapat dalam jerebu, hidrokarbon aromatik polisiklik (PAH) adalah sangat berbahaya kerana kaitannya dengan penurunan fungsi paru-paru, penyakit kardiovaskular, dan kanser.
Kebolehan mereka untuk kekal dalam atmosfera dan terkumpul dalam tanaman menambah ancaman mereka kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.
Kajian yang dijalankan di bawah seliaan Profesor IR. TS. DR. Sheikh Ahmad Zaki Shaikh Salim mendapati bahawa teknologi inovatif nanoe™ X Panasonic boleh mengurangkan kehadiran tiga sebatian utama PAH yang biasanya ditemui dalam jerebu yang menimbulkan risiko kesihatan dan alam sekitar yang serius.
PAH ini bukan sahaja berbahaya kepada kesihatan, tetapi juga kekal dalam persekitaran dengan kepekatan yang meningkat semasa tempoh jerebu.

Professor Dr Sheikh Ahmad Zaki berkata, “Jerebu merupakan isu sosial yang serius di Asia Tenggara. Dengan aktiviti manusia termasuk industri yang telah kembali aktif selepas pandemik, terdapat kebimbangan bahawa kerosakan berkaitan Jerebu mungkin semakin teruk. Semasa kejadian Jerebu, atmosfera mengandungi pelbagai bahan, di antaranya PAH yang sangat berbahaya kepada kesihatan manusia dan menimbulkan kebimbangan kesihatan yang ketara.
Melalui kajian ini, kami mendapati bahawa nanoe™ X boleh menghalang PAH yang terkandung dalam Jerebu. Berdasarkan hasil ini, nanoe™ X dijangka menjadi teknologi yang boleh mengurangkan kerosakan kesihatan yang disebabkan oleh Jerebu dan memperbaiki persekitaran dalaman.”
Kajian ini menunjukkan bahawa nanoe™ X berpotensi menjadi alat penting dalam memperbaiki kualiti udara di dalam rumah, di mana pencemaran yang berkaitan dengan jerebu sering berlarutan. Untuk maklumat lanjut, sila layari Air Conditioner – Panasonic Malaysia https://www.panasonic.com/my/air-solutions/nanoe/pm25.html