
Berat mata memandang, beart lagi bahu yang memikul. Itulah umpamaan yang dirasai oleh keluarga Adik Alya yang telah lama menghidap penyakit Celebral Palsy.
Penyakit ini merupakan satu kondisi yang berlaku akibat kerosakan otak yang terjadi semasa di dalam kandungan, semasa lahir atau selepas kelahiran.
Menerusi kiriman daripada Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) menerusi laman Facebooknya, mengajak orang ramai menringankan beban keluarga adik Alya Badrina yang menderita penyakit ini sejak kecil. Keluarga ini memerlukan bantuan kos pembelanjaan untuk kos perubatan dan keperluan adik ini.
** Kelab Kebajikan dan Sukarelawaan Sosial (KELSS) merupakan badan NGO yang dipercayai.
PROGRAM
BERKONGSI REZEKI
Untuk Adik Alya Badrina
Bismillahirahmanirahim, kami dengan ini melancarkan Program Berkongsi Rezeki untuk Adik Alya pesakit Cerebral Palsy yang berusia 14 tahun ini bagi membantu meringankan beban kos keperluannya.

Terdahulu kru sukarelawan kami di sana telah melakukan satu lawatan awal ke rumah adik Alya di Taman Labok Jaya di Machang,Kelantan. Pihak JKM turut membantu adik Alya melalui elaun bulanan RM500 sebulan.

Cadangan bantuan dari program ini adalah dalam bentuk seperti berikut,
1) 6 bulan bekalan susu khas:
Ensure Gold 850g (Vanilla) RM86 x 5 tin sebulan x 6 bulan (30 tin) = RM2,580
2) 6 bulan bekalan lampin:
Drypers Drypantz XXL RM30 x 3 pek sebulan x 6 bulan (18 pek) = RM540
3) 1 unit kerusi roda khas ‘cerebral palsy’ = RM2,000
4) Bantuan kewangan = RM1,000
Jumlah sasaran: RM6,120

Sumbangan ke program ini boleh disalurkan ke akaun rasmi kami seperti dipersetujui kedua ibubapanya.
CIMB 8602 4983 68 KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL
Pertanyaan melalui WhatsApp Tekan www.wasap.my/60179404640/ALYA
Semoga sumbangan tuan puan ke program ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan kos keperluan adik Alya dan semoga dipermudahkan juga segala urusan tuan puan yang sama-sama berkongsi rezeki bagi membantunya.
Sumber: KELSS