Gambar Via Universiti Kebangsaan Malaysia-UKM

Hiba, Kanak-kanak Tiba Tertunduk Menangis Depan Sukarelawan, Mungkin Sayu Teringat Rumah Dibadai Banjir

Sofea

Bencana banjir yang melanda di negara ini minggu lalu menyaksikan ribuan penduduk yang kehilangan tempat tinggal serta barang-barang berharga. Lebih membimbangkan, kejadian ini juga sebenarnya turut memberi kesan kepada emosi mangsa banjir.

Manakan tidak, dalam tempoh beberapa jam saja, keadaan rumah mangsa-mangsa sudah lagi tidak sama seperti sebelum ini. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan mereka pada ketika ini.

Menerusi perkongsian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Facebook, seorang kanak-kanak lelaki dipercayai menangis kerana mungkin mengenangkan keadaan rumahnya yang dilanda banjir.

Momen itu sempat dirakam oleh sukarelawan UKM yang melakukan kerja-kerja bantuan untuk mangsa banjir Hulu Langat.

Gambar Via Universiti Kebangsaan Malaysia-UKM

Difahamkan, rumah kanak-kanak yang berumur 12 tahun ini adalah antara yang terjejas teruk di daerah itu.

“UKM mendoakan yang terbaik untuk semua yang terlibat dengan bencana banjir. InshaAllah kita akan bantu mana yang boleh,” kata UKM menerusi perkongsian itu.

Semoga semua mangsa yang terlibat banjir terus kuat menghadapi ujian ini dan dipermudahkan urusan.

Sumber: Universiti Kebangsaan Malaysia-UKM