
Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa terdapat 57,510 kes Hand Foot Mouth Disease (HFMD) yang dilaporkan di Malaysia dari 1 Januari sehingga 25 Mei 2022.
Menurutnya, ia merupakan peningkatan 24 kali ganda bagi tempoh yang sama dengan tahun 2021 iaitu semasa pandemik, iaitu 2,333 kes.
Tambahnya, hanya dua kanak-kanak yang disahkan menghidap HFMD mengalami gejala teruk dan perlukan rawatan di ICU, setakat semalam.
Maklumat lanjut akan menyusul.
Sumber: Bernama
Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’