Seorang remaja lelaki yang berumur 19 tahun dilaporkan telah tercedera di bahagian muka kerana pengsan ketika berseorangan di rumah dan menyatakan bahawa pembantu virtual yang terdapat di dalam telefon pintar iPhone dikenali sebagai Siri, telah berjaya menyelamatkannya.
Menurut remaja tersebut, Siri telah menyelamatkannya dengan menghubungi kakaknya supaya menghantarkan bantuan.
Alishan Mahmood, yang berasal dari High Wycombe, London, menggambarkan tentang keadaan bagaimana mukanya dilitupi dengan darah serta kaca selepas tiba-tiba pengsan ketika di dapur sambil mukanya itu terjatuh betul-betul di atas gelas kaca yang sedang dipegangnya.
Gambar: Daily MailKerana tidak berdaya untuk bergerak, Mahmood, cuba menjerit dengan harapan agar jirannya dengar dan segera mendapatkan bantuan untuknya, malangnya jeritannya itu tidak dapat didengari oleh jirannya. Dia kemudiannya memutuskan untuk membuat panggilan menerusi telefon bimbit yang baru sahaja dibelinya itu.
Mahmood kemudiannya menjerit ‘hey Siri’ ketika dia masih terbaring di atas lantai, telefon pintarnya itu kemudiannya menyahut lalu menyatakan apa kehendaknya. Dia segera meminta untuk Siri menghubungi kakaknya Rbeeda, 21, untuk bergegas pulang ke rumah sambil kakaknya itu menghubungi pihak ambulan.
Susulan daripada itu, Mahmood telah dibawa ke Hospital Stoke Mandeville yang terletak di Aylesbury.
Gambar: Daily MailSelepas pihak doktor membuat beberapa ujian darah terhadapnya, doktor tidak dapat mengesan tentang apa yang membuatkannya pengsan pada hari itu.
Dia kemudiannya pulang ke rumah untuk berehat sejurus selepas dirawat.
Sumber: Daily Mail