Bila masuk rumah dalam keadaan bergelap, tergagau-gagau jugak la nak cari suis lampu. Kadang tu sampai terlanggar perabot-perabot semata nak cari suis. Kan best kalau masuk-masuk rumah je lampu pasang sendiri.
Korang tahu tak sekarang dah tak payah susah-susah cari suis dalam gelap, pakai suara je dah boleh bukak suis dalam rumah. Korang pernah dengar tak pasal Google Assistant?
Mungkin korang pernah nampak atau guna Google Assistant ni kat telefon pintar korang. Ya, yang kena cakap “Hey Google” lepas tu bagi arahan tu.
Selain bagi arahan suara kat telefon pintar, korang boleh guna Google Assistant ni untuk bukak suis jugak tau. Macam dalam video yang diunggah di akaun TikTok @dihasyazwanii ni, cakap “Hey Google, turn on everything” je terus terang benderang rumah.
Untuk bukak suis guna Google Assistant ni, korang kena ada smart switch atau suis pintar yang dipasang melalui sambungan WiFi. Kalau rasa nak tekan suis secara manual pun boleh, yang penting smart switch ni nampak sangat classy dengan harga terjangkau.
Nak dapatkan WiFi smart switch ni, boleh dapatkan di sini.
Sumber: TikTok @dihasyazwanii