Zulkifli atau lebih dikenali Zul Yahya ialah seorang pelakon dan pelawak yang terkenal dengan drama siri adiwara ‘Pepaya’ pada era 2000. Beliau juga bergelar usahawan apabila membuka perniagaan restoran di Seksyen 13, Shah Alam sejak 2005.
Baru-baru ini, beliau mendapat perhatian warga media sosial apabila membuat kerja kebajikan dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan. Beliau dilihat memberi barang keperluan tidak mengira bangsa dan agama ketika PKP dijalankan.
Menurutnya, hati orang yang beriman perlu diisi dengan nilai kasih sayang dan sentiasa berusaha belajar untuk memupuk sikap keprihatinan terhadap seluruh manusia.
Zul Yahya menerusi posting Instagram miliknya menitip pesan untuk setiap daripada kita agar sentiasa memberi seperti yang dituntut agama.
Sumber: Zul Yahya