‘Hati Tenang Dapat Bantu…”, Mulianya Hati Husin, Bersihkan Taiping Setiap Hari Walau Tak Berupah

Amir Zakwan

Melihat keadaan tepi jalan atau laluan pejalan kaki yang dipenuhi sampah sarap dan dedaunan mungkin tidak mendatangkan apa-apa rasa kepada kita.

Namun ia memberi kesan kepada seorang lelaki bernama Husin bin Kasim, anak kelahiran Johor yang kini tinggal di Taiping. Insan berhati mulia ini sanggup membersihkan kawasan pejalan kaki di sekitar Jalan Ong Saik di sana tanpa mengambil upah satu sen pun.

Bukan itu sahaja, Husin juga merupakan seorang penjual sayur-sayuran, ulam-ulaman serta buah kelapa dan dengan wang hasil jualan itulah beliau menanggung hidupnya. Tambahan pula, beliau juga adalah seorang anak yang bertanggungjawab apabila menjaga ibunya yang sedang uzur.

Ikuti kisah Husin bin Kasim yang dikongsikan oleh laman Facebook Majlis Perbandaran Taiping ini.

Sumber: FB Majlis Perbandaran Taiping