Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:55 petang itu melibatkan 9 buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:
Perak
Kelantan
Terengganu: (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin)
Selangor: (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling)
W.P Kuala Lumpur
Johor: (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian)
Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri)
Sabah: Tawau dan Sandakan
Orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir sehingga malam ini.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia