Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 serta 8 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 5:15 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 8 malam ini:
Perak:
(Kinta dan Kampar)
Terengganu: (Hulu Terengganu, Marang dan Dungun)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron)
Bagi kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam pula adalah seperti berikut:
Pahang: (Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin)
Selangor: (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat)
WP Kuala Lumpur
Negeri Sembilan: (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol)
Johor: (Segamat dan Mersing)
Sarawak: Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau)
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.
Sumber: MetMalaysia