Selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri mengumumkan setiap hari jumaat adalah Hari Jawi, laman rasmi Twitter Polis Diraja Malaysia memuatnaik status dalam tulisan jawi.
Dalam kiriman terbaru tersebut, PDRM mengingatkan kita supaya sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam dan bersama kita putuskan rantaian Covid-19.
Usaha Dr Zulkifli ini mendapat pujian netizen ketika pengumuman dibuat, ia bertujuan memartabatkan tulisan jawi sebagai tulisan khazanah negara untuk digunapakai generasi yang akan datang.
Sumber: PDRM