Enjin merupakan bahagian kereta paling penting yang sentiasa perlu diperiksa bukan sahaja kerana sering berlaku kerosakan tetapi juga kemungkinan ia menjadi ‘sarang’ kepada haiwan-haiwan seperti kucing dan ular.
Terbaru, tular satu perkongsian di Twitter yang memaparkan penemuan ular sawa besar di dalam enjin kereta.
Menurut pengguna Twitter bernama @nrsyni, kereta milik bapa saudaranya itu dihantar ke bengkel pada hari ini dan terkejut apabila menemui ular tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya, beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dilihat sedang berusaha mengeluarkan ular tersebut.
Difahamkan, kereta itu mula mengalami masalah pada hari ini dan ular sawa itu mungkin masuk ke dalam kereta tersebut ketika diletakkan di tempat parkir.

Sehingga kini, perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon dari netizen. Rata-ratanya terkejut melihat ular sawa tersebut.
Sumber: nrsyhni