Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan senarai harga runcit produk petroleum bagi tempoh 9 September 2021 sehingga 15 September 2021.
Menerusi kenyataan media yang dimuatnaik di Twitter, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.72 kepada RM2.73 seliter.
Manakala, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Sumber: MOFMalaysia