Kementerian Kewangan Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai harga runcit produk petroleum bagi tempoh 1 Julai 2021 sehingga 7 Julai 2021.
Menurut kenyataan itu, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.67 seliter kepada RM2.69 seliter.
Manakala, harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” kata kementerian itu.
Sumber: MOFmalaysia