TERKINI: Harga RON97 Naik 6 Sen, RON95 & Diesel Kekal
Kementerian Kewangan Malaysia hari ini telah memaklumkan mengenai harga baharu produk petroleum bagi tempoh 17 Februari 2022 hingga 23 Februari 2022.
Menerusi kenyataan di Twitter, kementerian itu berkata harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM3.21 kepada RM3.27.
Manakala, harga runcit petrol Ron95 dan diesel kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” kata Kementerian Kewangan.
Tambah kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Sumber: MOFMalaysia