Harga runcit bagi petroleum jenis RON97 masih kekal pada harga terdahulu iaitu RM4.84 seliter, umum Kementerian Kewangan.
Dalam pada itu, harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala diesel juga turut kekal pada paras RM2.15 seliter.
Harga siling tersebut berkuat kuasa bagi tempoh masa dari 30 Jun esok hingga 6 Julai depan.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15.
Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.
Sehubungan itu, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia