Harga Petrol RON97 & Diesel Di Semenanjung Turun 6 Sen
Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun sebanyak enam sen bermula 19 September sehingga 25 September nanti.
Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, penurunan berkenaan adalah seiring dengan penurunan harga minyak dunia dan pengukuhan ringgit ketika ini.
Harga runcit petrol RON97 telah dikurangkan sebanyak enam sen seliter kepada RM3.19 seliter, manakala harga runcit diesel diturunkan sebanyak enam sen seliter kepada RM2.95 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global dan juga menyokong kestabilan harga,” ujar kenyataan itu.
Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel bagi Sabah, Sarawak serta Labuan kekal pada paras RM 2.15 seliter.
Menerusi kenyataan lagi, kerajaan turut menetapkan harga runcit petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.
BACA: Ops Setting: Pegawai Kanan Imigresen ‘Dalang Utama’ Didakwa Awal Bulan Depan – Azam Baki
Sumber: Kementerian Kewangan via Facebook