Putrajaya, 15 Jan – Harga runcit petroleum mencatatkan peningkatan pada minggu ini bagi ketiga-tiga produk iaitu petrol RON95, RON97 dan diesel.
Menurut kemaskini Kementerian Kewangan (MoF), harga petrol RON97 naik sebanyak 5 sen, menjadikan harga terkini RM2.19 seliter.
Selain itu, harga RON95 juga naik kepada RM1.89 seliter hasil peningkatan sebanyak 5 sen manakala diesel mencatatkan peningkatan sebanyak 3 sen seliter, melonjak kepada RM2.05 seliter.
Harga runcit terbaru ini berkuatkuasa bagi tempoh 16 sehingga 22 Januari 2021.