Harga Emas Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR — Harga niaga emas ditutup mencecah paras tertinggi, dengan nilai bulan Disember meningkat kepada US$4,487.40 setiap auns troy, hampir mencecah US$4,500 per auns.
Perkara itu dimaklumkan menerusi laman web rasmi Bursa Malaysia Derivatives.
Difahamkan, peningkatan ini disokong oleh faktor jangkaan kemungkinan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat yang meningkatkan keyakinan pelabur terhadap emas sebagai komoditi selamat, lapor Bernama.
Sementara itu, bursa itu turut menjangkakan niaga hadapan emas Januari 2026 menokok kepada US$4,505.10 setiap auns troy.
Manakala pada bulan Februari 2026juga diramal mencatatkan peningkatan kepada US$4,520.60 setiap auns troy.
Harga Emas Hari Ini
Menerusi laman web rasmi Public Gold, harga emas 999 hari ini merekodkan harga RM639 per gram manakala harga emas 916 pula RM608 per gram.
Pada Oktober lalu, SK melaporkan harga emas 999 mencatatkan lonjakan tertinggi bagi tahun 2025, dengan mencecah RM611 per gram. Harga emas itu naik RM5 berbanding RM606.
Sumber: Bursa Malaysia Derivatives