Harga Minyak RON97 Naik 13 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

Aqmal Ezany

Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 16 November sehingga 22 November 2019.

Menerusi satu perkongsian yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya iaitu @MOFmalaysia, harga minyak Ron97 dicatatkan meningkat sebanyak 13 sen iaitu dari RM2.57 sen seliter ke RM2.70 sen seliter.

Harga runcit produk petrol Ron95 dan diesel berdasarkan pengiraan di bawah formula APM bagi tempoh yang sama pula sepatutnya adalah sebanyak RM2.40 seliter dan RM2.25 seliter.

Namun begitu, harga runcit bagi kedua-dua produk tersebut telah dikekalkan pada paras RM2.08 sen seliter dan 2.18 sen seliter selaras dengan keputusan kerajaan bagi menstabilkan harga runcit untuk produk petroleum demi menjaga kesejahteraan rakyat.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia