Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 9 Januari 2021 sehingga 15 Januari 2020.
Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 kekal pada paras RM2.14 seliter.
Harga runcit bagi petrol RON95 juga turut kekal kepada RM1.84 seliter.
Sementara itu, harga runcit bagi diesel pula naik sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.01 seliter kepada RM2.02 seliter.
Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa kesan perubahan harga minyak mentah dunia ini akan terus dipantau serta akan bersedia untuk mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.
Sumber:
Ministry of Finance