
Harga runcit petrol RON97 kini naik sebanyak 37 sen iaitu daripada RM3.94 kepada RM4.31 seliter.
Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, penetapan harga baharu itu berkuatkuasa bagi tempoh 12 Mei 2022 hingga 18 Mei 2022.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Twitter, kementerian itu juga berkata harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, seperti mana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” kata kementerian itu.
Tambah kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Sumber: MOFMalaysia