
Seorang ahli perniagaan dari Barat Bengal, India telah membeli pelitup muka yang dikatakan diperbuat emas dan bernilai semahal R.s 5.70 Lakhs (RM236K), lapor India.com.
Pelitup muka emas itu dicipta oleh seorang pembuat barangan kemas dari bandar Budge. Pereka tersebut merupakan seorang pereka barangan buatan sendiri yang mana dia akan mereka barangan untuk kegunaan peribadi.
Das yang merupakan pereka kepada lelaki tersebut melaporkan pelitup muka emas itu direka dengan emas seberat 108 gram untuk seorang ahli perniagaan tempatan. Tempahan itu dilakukan dalam tempoh 15 hari, sebelum perayaan Durga Puja di Kolkata diadakan, lapor News 18.

Semasa perayaan Durga Puja di Kolkata, ahli perniagaan itu dikatakan seolah-olah menunjuk-nunjuk pelitup muka emas dia yang mahal itu. Tetapi, disebabkan gosip orang ramai terhadap pelitup mukanya di perayaan itu, dia terpaksa menanggalkan pelitup muka tersebut.

Lelaki tersebut turut menyatakan bahawa beliau amat menggemari barangan berbentuk sedemikian. Menjadi kegemaran lelaki itu untuk mengumpul barangan seperti itu.
Julai tahun lalu, turut ada seorang ahli perniagaan dari daerah Pune di Maharashtra yang sanggup mendapatkan pelitup muka emas bernilai hampir Rs 2.89 lakhs untuk kegunaan dirinya sendiri dan emas tersebut terdiri daripada hampir 55 gm logam kuning bagi menghasilkan pelitup muka itu.

Sumber: India.com