Seorang wanita di Thailand dilaporkan telah menemui mutiara Melo oren di dalam makanan lautnya, ia dianggarkan bernilai puluhan ribu pound, lapor Daily Mail.
Menurut Daily Mail, Kodchakorn Tantiwiwatkul telah membeli siput laut dengan harga 70 baht (RM9.34) dari pasar tempatan untuk makan malam di wilayah Satun, Thailand.
Gambar Via Daily MailKetika dia memotong siput menjadi kepingan yang lebih kecil, dia mendapati salah satu cengkerang siput mempunyai objek oren bulat di dalamnya, dia pada awalnya menganggap ia sebagai batu.
Dia terkejut ketika mengetahui objek itu adalah mutiara Melo seberat enam gram yang berukuran diameter 1.5 cm, nilainya bergantung pada kualiti.
Gambar Via Daily MailPun begitu, dia dan keluarganya merahsiakan penemuan tersebut dari penjual di pasar kerana takut mutiara itu akan diambil.
Tiga bulan kemudian, dia mendedahkan untuk merancang menjual mutiara tersebut bagi mengumpulkan dana yang diperlukan untuk membayar perbelanjaan perubatan ibunya.
“Saya menunjukkannya kepada ibu saya dan dia mengatakan ia adalah mutiara Melo dan sangat berharga, kami juga menonton berita di televisyen yang menunjukkan seorang nelayan menjual mutiara miliknya dengan harga yang tinggi,” katanya.
Gambar via Daily MailBapanya, Niwat Tantiwiwatkul mengatakan bahawa mereka ‘berputus asa’ untuk mendapatkan wang setelah dia mengalami kemalangan dan isterinya memerlukan rawatan untuk kanser.
“Kami tidak sabar lagi. Sekarang kami terdesak. Isteri saya disahkan menghidap barah semasa saya mengalami kemalangan. Mutiara Melo ini adalah satu-satunya harapan kami untuk bantu mereka dapatkan rawatan yang lebih baik
Kodchakorn dan keluarganya berharap dapat mencari calon pembeli yang akan menawarkan harga yang sesuai kepada mereka.
Gambar Via Daily MailMutiara berwarna oren itu merupakan mutiara Melo yang paling mahal.
Ia biasanya dijumpai di Laut China Selatan dan Laut Andaman dan dihasilkan oleh siput laut pemangsa yang disebut Volutidae.
Sumber: Daily Mail