PUTRAJAYA, 25 Nov – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berharap agar pengundian Belanjawan 2021 akan berjalan dengan penuh berhemah.
Jelasnya, besar harapan Kementerian Kesihatan untuk melihat ahli-ahli parlimen menjalankan tanggungjawab mereka sesuai dengan situasi semasa negara yang sedang dilanda COVID-19.
“Jadi harapan KKM adalah agar ahli-ahli parlimen yang telah dipilih rakyat akan mengundi dengan baik dan penuh kebijaksanaan bagi kebaikan sejagat rakyat dan negara, di kala negara (sedang) melalui pandemik COVID-19.
“Jadi KKM yakin mereka faham dengan situasi semasa iaitu pandemik COVID-19 dan situasi kewangan negara.
“Dan kita berharap ahli-ahli parlimen akan mengundi dengan bijaksana,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.
Noor Hisham berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai harapannya selaku Ketua Pengarah Kesihatan terhadap sesi pengundian Belanjawan 2021 yang bakal berlangsung esok hari.
Sumber: KKM