“Harap-Harap Tak Bertembung Dengan Saya..” Gurauan Terakhir Juruterbang Sebelum Terhempas

Sha Rossa

Komen yang dimuat naik di Facebook mungkin menjadi gurauan terakhir arwah Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44, salah seorang mangsa yang maut dalam nahas melibatkan pertembungan dua helikopter di Taman Melawati Ampang, tengah hari tadi.

Menerusi komen yang ditinggalkan arwah di Facebook sahabatnya malam tadi, arwah sempat berseloroh dengan berharap agar dron milik sahabatnya tidak bertembung dengan helikopter milik arwah.

”Harap-harap tak bertembung dengan saya,” kata arwah yang turut disambut dengan gurauan balas dari sahabatnya.

Namun, siapa menyangka, itu menjadi gurauan terakhir dari seorang sahabat sebelum dijemput Ilahi, beberapa jam kemudian.

Tinjauan di ruangan Facebook arwah Irfan F. Rawi juga dibanjiri dengan ucapan takziah dan rasa terkejut rakan-rakan mangsa yang tidak menyangka secepat ini arwah pergi.

Baca: Dua Mangsa Maut Dalam Kejadian Dua Helikopter Bertembung Sebelum Terhempas

Arwah disifatkan sebagai salah seorang anak melayu yang berjaya di dalam bidang perniagaan dan sangat disenangi kerana keperibadian yang baik.

Malah, arwah juga giat menulis mengenai kisah kehidupannya di Facebook dan berkongsi tips mengenai industri penerbangan.

Semoga arwah Irfan dan seorang lagi mangsa, Mohd Sabri Baharon, 56, ditempatkan di dalam kalangan orang beriman.

Baca: ”Bawak Molek Heli Tu, Loni Musim Angin Ribut,” Ayah Sempat Tinggal Pesan Terakhir Sebelum Anak ‘Pergi’

Diharapkan agar ahli keluarga kedua-dua arwah diberikan ketabahan untuk menerima dugaan ini. Amin!

Salah seorang anak melayu yang berjaya..

Bos yang sangat baik, tiada pengganti..

Sahabat yang baik, semoga syurga tempatmu..

Sangat terkesan di hati, masih ingat lagi kebaikan arwah..

Sumber: Irfan F.Rawi