Kedatangan tahun 2020 diharapkan dapat memberikan sinar baharu kepada kehidupan semua orang. Pun begitu, semuanya bagaikan tidak sama seperti yang diingini apabila pelbagai kekalutan yang berlaku.
Begitulah situasi yang memenuhi kalendar Januari tahun 2020 di mana terdapat pelbagai bencana, tragedi dan wabak penyakit yang berlaku.
Antara kebimbangan komuniti dunia ialah konflik yang berlaku di antara Amerika Syarikat dengan Iran. Konflik ini sangat membimbangkan apabila komuniti dunia mula mengaitkan dengan perang dunia ketiga bakal tercetus. Pun begitu, konflik antara kedua-dua negara nuklear ini telahpun reda.
Gambar Hiasan via GoogleKebakaran dahsyat di Australia juga turut menjadi tumpuan dunia apabila dilaporkan banyak kemusnahan dan juga kematian.
Gambar Hiasan via Wall Street JournalAntara bencana lain adalah banjir yang berlaku di Indonesia, dikatakan bermula sejak awal Januari dan dikatakan antara banjir paling teruk dalam dekad ini.
Menjengah ke Filipina pula, gunung berapi kedua paling aktif, Gunung Taal telah mengeluarkan debu sehingga menjejaskan ruangan udara setempat. Tragedi ini telah membimbangkan komuniti setempat apabila dikatakan akan membawa bencana yang lebih besar kepada Filipina.
Gambar Hiasan via GoogleBukan sahaja bencana bumi yang berlaku, malah wabak penyakit berbahaya juga menyerang dunia pada bulan Januari 2020.
Koronavirus merupakan satu virus yang tersebar bermula di Wuhan dan telah menyebabkan ratusan kematian setakat ini. Disebabkan itu, pelbagai langkah berjaga-jaga diambil bagi memastikan keadaan tersebut dapat dikawal.
Gambar Hiasan via The New York TimesAntara lain bencana yang berlaku ialah gempa bumi di Turki dan Puerto Rico dan juga kemalangan kapal terbang Afghanistan. Selain itu, antara kejadian yang menarik perhatian dunia ialah kematian secara mengejut pemain bola keranjang, Kobe Bryant dalam nahas helikopter.
Gambar Hiasan via Fox43Bulan Januari 2020 dipenuhi dengan pelbagai kekalutan apabila berlaku banyak bencana dan wabak penyakit. Menjelang bulan Februari pada keesokan hari, diharapkan agar dapat semua bencana dan wabak penyakit ini kembali tenang dan memberi kelegaan kepada dunia.
Sumber: KP Stan rannieperry