Setiap orang pasti mengimpikan rumahtangga dan pasangan yang sempurna namun realitinya sangat perit untuk diterima.
Pelbagai perkara yang tidak terjangka yang selama ini tidak pernah dilihat pada pasangan akan berlaku apabila memasuki alam perkahwinan.
Setiap pasangan seharusnya lebih peka dan bertolak ansur terhadap satu sama lain agar hubungan akan lebih harmoni.
Tidak seperti yang dialami oleh wanita ini yang sudah penat dengan sikap suaminya yang panas baran. Melalui kiriman di Kisah Rumah Tangga, wanita tersebut yang juga hamil enam bulan sering dimarahi oleh suami kerana kesalahan kecil.
Berdasarkan kisah ini, suami isteri perlulah memahami pasangan masing-masing terutamanya dalam keadaan yang penat. Semoga kisah tersebut dapat dijadikan pengajaran bagi semua.
Sumber: Kisah Rumah Tangga