Agensi perubatan European Union (EU) mengatakan pada Selasa bahawa pihaknya mungkin akan meluluskan vaksin COVID-19 dari Pfizer dan BioNTech pada bulan ini.
Agensi ubat-ubatan Eropah akan bertemu pada 29 Disember untuk menyimpulkan mengenai penilaian vaksin itu.
Menurut BioNTech dalam satu kenyataan, jika diluluskan, ia akan mula diedarkan sebelum akhir tahun ini.
“Pengumuman hari ini menandakan satu lagi tonggak penting dalam usaha kami untuk memenuhi janji kami bagi melakukan segala yang kami mampu untuk menangani krisis mengerikan ini,” kata Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla di dalam kenyataan BioNTech.
Amerika Syarikat juga kini berada di landasan yang tepat untuk membuat keputusan mengenai vaksin itu lebih awal.
Sementara itu, syarikat Moderna pula mengatakan bahawa pihaknya juga telah memohon kelulusan di AS dan Eropah. Pengawal selia EU akan menilai vaksin Moderna pada 12 Januari.
Sumber: NPR
Gais, jom subscribe Channel Youtube Siakap Keli